Sabtu, 28 November 2009

Udang Hari Raya Korban

Salam Aidilahda buat semua sahabat selayanggroup dan semua sahabat yang melawat laman Blog selayanggroup Angler ini. Semoga Aidiladha ini membawa lebih keberkatan dan keinsafan kepada kita semua. InsyaALLAH.
Pada hari raya Aidiladha ke2 atas ajakan sahabat menduga udang galah dan siri ujian terakhir enjin outboard beliau sebelum ke Tasik Bera. Saya bersama Mat dan Mie ke Kampung Sepakat untuk sesi memancing dan sesi Uji cuba terakhir outboard beliau.

layan gambar gambar sekitar hari kejadian :

1) Mat bersama Yamaha 15HP outboard nya di awal pagi sebelum turun ke sungai.

2) Deretan senjata yang digunakan.

3)Mat mengemudi bot menuju ke Lubuk Pertama ketika air beransur surut.

4) Mat menerima sambaran kedua selepas Mie, Tangkapan dilubuk RnR.

5) Mat mengikat tali sauh kepokok di lubuk kedua. Lubuk pertama kurang memberangsangkan memaksa kami berpindah lokasi. Air yang jernih menyukarkan pemburuan kami.

6) Sungai yang dibelah oleh Enjin outboard mat. Sememangnya kondisinya sangat memuaskan.

7)Antara sepit biru yang berjaya ditawan oleh saya.

8) Umpan udang beras yang menjadi diet utama udang di sini.

9) Pemandangan dari Lubuk pertama.

10) Jambatan Kuala Selangor

11) Sesungut Jenggo - itulah yang mampu dikatakan semasa ianya didaratkan. Betapa kuatnya jenggo menjepit diri ke reba hingga seseunggutnya tercabut ditarik mata kail.

12) Antara rekod yang pernah diperolehi orang kampung dikawasan muara. Antaranya jenahak sekitar 8 kilo ketas.

13) Antara tangkapan lain.

14) Tangkapan 2 lain..

15) Kemudahan chalet yang selesa berada di tepi sungai. harga RM50-RM70 semalam.

16) Pemandangan chalet dari hadapan. bagi pemancing yang datang dari jauh bolehlah berehat dan menginap disini.

17) Surau juga terdapat disini.

19) Kepada sesiapa yang berminat untuk memancing disini pelbagai kemudahan yang selesa terdapat dijeti ini. dari penyewaan sampan hinggalah ke penginapan. Radius jarak kemuara laut menggunakan enjin 40HP adalah 25 minit dan enjin 15HP 45minit. Kepada yang berminat untuk menginap disini anda bolehlah menghubungi Cikgu Ayob No Tel : 0193764264

Isnin, 23 November 2009

Jentera Terbaru Selayanggroup

Enjin yamaha 15HP short shaft adalah keluaran syarikat Yamaha dalam tahun 1990an. Cover kepala petak ini dikeluarkan sebelum model enduro yang dikeluarkan pada penghujung 1990an hingga kini. 15HP "short shaft" adalah bermaksud kaki pendek yang sesuai digunakan di sungai, Tasik atau perairan yang tidak berombak. Beza shaft pendek dan shaft panjang lebih kurang 6 inci yang mempengaruhi kelajuan ketika memecut di atas air. Kipas dan kemudi yang terlalu jauh kedalam air membuatkan enjin sukar untuk menolak sampan @ fibre bergerak. Berat enjin ini juga ringan sedikit jika dibandingkan dengan shaft panjang. Enjin ini datang bersama tangki 24 liter. Keseluruhanya enjin ini dalam kondisi yang baik setelah di baik pulih dan diservice baru2 ini. Enjin ini juga telah beberapa kali di uji cuba dari sungai hingga ke muara. Pemilik Enjin - Mat Selayanggroup


Mat - Selayanggroup

Ahad, 22 November 2009

Trip Mengudang - Uji Cuba Enjin Mercury 10HP.

Trip Uji cuba Enjin Mercury ini telah berlaku pada 21/nov/2009 - sabtu
Ahli Komplot : Mohd Fadzil, Iskandar Adnan
Kita layan gambar2 sekitar hari Enjin ini beraksi.



Enjin Mercury Sedia untuk beraksi.

Iskandar berjaya mendaratkan udang galah dilubuk baru.

Keseluruhan hasilnya. Trip yang di anggap paling berjaya.

Jenggo paling besar menduduki ranking pertama
p/s : aku Menang jackpot

Iskandar merenung hasil yang diperolehi
is berkata :"nak masak apa ye udang ni"?..
jenggo terbesar...dan pemenangnya adalah F_._._._._

Iskandar gembira bersama udang miliknya'.

1 jut ikan dan i jut dipenuhi udang galah.


Jambatan Kuala Selangor jelas kelihatan. Pengalaman yang menarik berada disini. tetapi awas..sesuatu yang mistik kami temui disini.

Jumaat, 20 November 2009

Haruan, Haruan Palas Dan Bujuk

Dari pelbagai teknik dan cara tersendiri serta rahsia umpan yang di adun dan digunakan, kali ini penulis cuba membawa pembaca Sinar Harian edisi http://my.mc763.mail.yahoo.com/mc/compose?to=Kakipancing@selangor k.l mendalami sejenis spesis ikan air tawar iaitu Haruan atau nama saintifiknya channa striata. Kesan dari kenaikan harga minyak baru baru ini sedikit sebanyak menyekat aktiviti memancing di kalangan kaki pancing di malaysia. Dari kos pengangkutan ke sesuatu lokasi hingga ke peralatan memancing semuanya berkisar dengan kenaikkan harga. Tinjauan penulis baru baru ini ke kedai peralatan memancing memang memeranjatkan apabila banyak peralatan juga meningkat harganya.


Tetapi bagi yang menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi utama, perkara itu bukanlah dianggap batu penghalang kerana masih banyak inisiatif lain yang boleh dilakukan untuk meneruskan hobi yang kadang kadang tidak menelan belanja yang tinggi. Bagi 2 orang kaki pancing yang penulis temui baru baru ini Ahmad Kamil dan Mohd Rizal yahya menjadikan lubuk lubuk disekitar kebun sawit, paya dan hutan sebagai tempat pertarungan joranya. Antara spesis yang menjadi pertaruhan 2 anak muda ini adalah dari spesis haruan( channa striata), haruan palas(Channa gachua), bujuk dan toman (Channa micropettes).


Kos memancing disungai atau paya lebih praktikal dan menjimatkan bagi kaki pancing yang gemarkan hasil air tawar berbanding turun ke laut yang banyak menelan kos yang tinggi. Dikira dari penyewaan bot hinggalah ke peralatan memancing.



Spesis haruan, haruan palas, bujuk dan toman jika dilihat adalah sama tetapi populasinya berlainan. Haruan dan haruan palas yang kita tahu amat berharga dipasaran kerana dikatakan baik untuk dibuat ubat wanita selepas bersalin. Berbanding spesis bujuk yang aktif tetapi spesis ini tidak suka merayau dan menggunakan pergerakan tengelam dan timbul untuk mencari makan. Spesis toman memang sangat aktif dan saiznya boleh dikatakan melebihi 10 kg (kilogram). Spesis ini sangat digemari bagi kaki pancing yang gemarkan pertarungan hebat kerana ini adalah antara spesis yang digelar juga raja sungai.

Menggunakan set joran atau ''carbon fibre rod ariel'' kategori sederhana sudah cukup memuaskan hati si pemancing. Untuk teknik casting dan mengarau, joran panjang hendaklah digunakan yang berukuran 6 kaki hingga ke 7 kaki bagi memudahkan tali keluar dari spoll setelah dilontar. Ataupun pemancing boleh menggunkan set casting pelbagai model yang kini banyak dipasaran. Selain itu ia juga dapat mengawal pergerakan umpan ketika mencecah gigi air.



Dalam apa jua tujuan pemancing, umpan adalah amat penting bagi pemancing untuk menentukan hasil yang hendak dibawa pulang. Untuk mendaratkan spesis jenis ini, umpan yang digunakan adalah katak gewang kilat, ataupun umpan tiruan yang boleh didapati di kedai kedai menjual alat pancing. Dengan warna air yang gelap kesan dari tanah gambut disekitar kawasan kebun menjadikan mangsa kurang aktif menyambar dengan lintasan umpan walaupun di hadapan mulut mangsa. Dengan menggunakan teknik mengarau secara perlahan dan merendam seketika umpan ke dasar paya atau parit, dapat menarik perhatian si mangsa yang berhampiran. Bagi mangsa yang aktif kebiasaannya akan mengejar umpan dan menyambar secara ganas serta melarikan diri ke dasar yang mempunyai akar rumput atau kayu


Sifatnya yang aktif ketika waktu malam menyambar umpan dikatakan mampu membuat kaki pancing teruja melayan kerakusan mangsa menelan umpan yang bermata kail. Tiap sambaran yang mengena, pemancing tidak banyak masa untuk mendaratkan mangsa bimbang mangsa akan membenamkan diri kedasar yang mempunyai rumput ataupun kayu dengan kesudahan tali tersangkut atau putus.


Yang paling mencabar dalam menawan spesis ini adalah mendaratkan ibu haruan yang sentiasa berada didasar air mengawal pergerakan anak anaknya yang timbul di permukaan air. Keadaan yang sangat sensitif menyukarkan pemancing untuk menawanya. Persekitaran hendaklah sunyi selain teknik mengarau umpan dimana tempat anak anak haruan ini bermain. Tetapi jika pemancing berjaya, hasilnya amat memuaskan kerana kebiasaan saiznya amat membanggakan.

Antara cara lain untuk menawan spesis ini adalah dengan mengenakan tajur di tepian parit atau paya berumpankan anak ikan puyu, anak ikan sepat atau katak yang dicangkuk pada mata kail. Penggunaan anak ikan puyu lebih praktikal kerana daya tahan hidupnya lebih lama berbanding jenis lain. 2 anak muda ini berkata ''waktu yang sesuai untuk memancing spesis ini adalah seawal jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi, kerana waktu ini mangsa mencari makan''. Mendengar rahsia anak muda memudahkan pemancing kerana cuaca yang masih sejuk kerana belum mencapai waktu tengah hari.


Bercerita tentang saiznya 2 anak muda menceritakan zaman kini berubah dan banyak penggunaan racun dan baja hingga membantutkan tumbersaran spesis spesis yang mendominasi parit dan paya ini. Saiznya kini menjadi sekali ganda kecil berbanding pada 10 tahun dahulu. Kepupusannya juga kian dirasai apabila hasil tangkapan kini kian menjadi kurang di samping penggunaan jaring dan jala yang merosakkan habitatnya.


Bagi yang biasa menikmati ikan dari spesis ini ternyata rasa yang manis dan enak cukup membuat perut sesiapa sahaja berkeroncong. Bagi peminat kaki pancing ikan haruan, kadang kadang tidak menghirau penat dan bahaya untuk menawannya. Bagi segelintir masyarakat yang tidak makan hasil air tawar kerana kehanyirannya cubalah sekali untuk merasai ikan jenis ini kerana rasa cukup lemak, manis dan sedap.






*artikel pernah tersiar di Ruangan kakipancing@selangor k.l

Khamis, 19 November 2009

Umpan Perumpun Di Gemari Udang atau ikan Muara

Gambar sarang perumpun. -Gambar oleh jompancingsokmo

Perumpun yang ditarik mengeliatkan badannya menjadi panjang.
UMPAN perumpun atau umpun-umpun cukup popular bagi semua pemancing yang biasa menggunakannya kerana kemampuannya menjerat pelbagai spesies ikan dan udang sama ada di air masin atau tawar di perairan negara kita ini. Namun bagi pemancing baru mereka mungkin belum tahu akan 'kuasa saktinya' apabila melihat spesies persis cacing yang berwarna merah muda ini menggeletek geli apabila disentuhnya.

UMPAN perumpun atau umpun-umpun cukup popular bagi semua pemancing yang biasa menggunakannya kerana kemampuannya menjerat pelbagai spesies ikan dan udang sama ada di air masin atau tawar di perairan negara kita ini.Namun bagi pemancing baru mereka mungkin belum tahu akan ‘kuasa saktinya’ apabila melihat spesies persis cacing yang berwarna merah muda ini menggeletek geli apabila disentuhnya. Justeru, inilah masanya untuk mencungkil serba sedikit maklumat berkaitan umpan semula jadi anugerah alam ini.

Perumpun atau cacing air masin dalah dari kumpulan haiwan invertebrat yang juga sebenarnya hampir sama dari jenis saudaranya, iaitu cacing tanah yang terdapat di kebun pisang atau belakang rumah kita. Namun, bentuknya yang lembut dan panjang sehingga mencapai 30 sentimeter serta mempunyai kaki seperti lipan, membuatkan spesies ini berbeza banyak dengan cacing tanah yang sedia ada. Habitat spesies ini boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ianya bersarang di dalam lumpur itu sendiri. Di negara beriklim khatulistiwa ini, terdapat beberapa spesis perumpun yang dijadikan umpan untuk ikan tertentu atau mengikut padang pancingan masing-masing. Perumpun ini antaranya perumpun pasir, merah dan jangkau.Umpan ini masing-masing dikhaskan, perumpun pasir - ikan bolos, gelama dan sembilan. Jangkau - ikan duri, jenahak, jengah dan gubal dan perumpun merah - udang galah serta ikan baung. Justeru, cara untuk mencarinya perlu diserahkan kepada mereka yang pakar mengesannya iaitu ketika air surut di kawasan paya bakau di mana sarangnya boleh dikenal pasti melihat timbunan najis tanah atas kawasan yang berlumpur.Sarangnya itu akan dikorek menggunakan cangkul atau penyedok khas sedalam kira-kira satu meter dan kemudian di tarik secara perlahan-lahan bagi mengelakkan badannya terputus.

Untuk menggunakan umpan ini, mata kail bersesuaian dengan saiznya diperlukan dengan mencangkuk perumpun terbabit yang dipotong kira-kira satu hingga dua sentimeter.Petua untuk umpan ini tahan lama janganlah anda memotong di bahagian kepala dulu dan mulakan dari ekornya sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan simpanlah dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.Sekarang ini, umpan perumpun mudah didapati di kedai pancing atau di tepi jalan di lokasi memancing dengan harga antara RM5 sehingga RM6 mengikut isi kandungannya.


Isnin, 16 November 2009

Kejayaan Trip Romeo Kenyir - Siri 2

Gambar gambar Trip "Romeo Kenyir" yang berlangsung pada 30 oktober hingga 1 november 2009. 3hari 2malam di Tasik Kenyir.
Di pagi waktu chek in ke Stesen Janakuasa Sultan mahmud Tasik Kenyir

Bot house TKP 140 berlepas seawal jam 0900 pagi.


Lokasi pertama perhentian Bot House di Gua Bewah.

Hasil yang berjaya didaratkan di lubuk belakang Gua Bewah. 2 sampan kecil keluar menggunakan teknik casting di sekitar Bukit Bewah. 4 ekor sebarau berskala 1 - 2kg tewas semasa matahari hampir terbenam.

Antara hasil lain yang berjaya didaratkan. Sebarau sememangnya frenzy ketika pra monsun ini kerana kebanyakan hampir menghempaskan telurnya.

Ridhuan (bob) yang berjaya mendaratkan 2 ekor sebarau.

Zahar bersama belida yang berjaya di bawa naik ke boat house di lubuk kedua iaitu Muara Sungai Cacing. Belida seberat 2.4 kilogram ini didaratkan pada jam 0430 pagi ketika pemancing lain sedang tidur. Umpan cacing yang digunakan berjaya memikat belida ini untuk menjamahnya. Beberapa ekor ikan baung juga berjaya didaratkan pada malam kedua kami disini.

Sebarau yang menganas sememangnya pantas mengejar gewang yang dilontarkan pada awal pagi dan sebelah petang.

Serentak, itu yang mampu digambarkan apabila 2 ekor sebarau berjaya di jinakkan. Bagi Boy inilah lesen pertamanya.

Petang hari kedua membuahkan hasil yang baik.

Sebarau yang sedia menjadi hidangan.

Fadzil menerima 2 sambaran sebarau seawal jam 0645 dan 0655pagi betul betul dibawah bukit Bewah.

Proses menyiang ikan untuk hidangan. p/s : sisik ikan tidak perlu dibuang bagi mengkalkan rasanya aslinya.

Ratusan ikan lampam bermain sekitar bot house. ikan ini menjadi penyeri bagi sesetengah kakipancing yang datang kesini.

Deretan ekor ikan toman pelbagai saiz yang pernah ditewaskan oleh Tekong.

Gambar dari atas Dam Sultan Mahmud Kuala Berang

Ahli ahli selayanggroup bergambar bersama pemilik bothouse.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan trip ini.