Alfa Romeo dan Tasik Kenyir.
Berkumpul di Esso UIA gombak pada jam 1030 kami bergerak ke highway karak dan terus menuju ke tol Temerloh untuk mengambil seorang lagi peserta iaitu Azahar. Perjalanan kami hanya mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Kuala Berang Terengganu. 2 buah jentera alfa romeo menggunakan nadi twiter 2.0cc dan 1.6 boxer serta BMW 5 series dan sebuah Gen2 melancarkan perjalanan kami. Kelajuan mencecah 220km/h memendekkan masa perjalanan yang jika dihitung kebiasaanya mencecah 7 hingga 8 jam. Walaupun demikian, langkah langkah keselamatan sentiasa diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Selayanggroup membantu menurunkan bot yang baru tiba.
Atas sifat tolong menolong kami bersama tekong membantu menurunkan bot yang baru sampai ke Tasik Kenyir. Bot ini menggunakan enjin yamaha 200HP V6 dikemudikan menggunakan stering dan sistem kemudi hydraulic serta penghidup elektrik.
Kelengkapan dapur.
Bagi memastikan kelancaran semasa acara memancing saya dibantu saudara bob memasak makanan mengikut masa yang telah ditetapkan. Jadual makan sebanyak 5 kali sehari dan penyenaraian jadual makan adalah seperti dalam persediaan trip romeo kenyir dan semuanya berjalan lancar.
Senjata memburu/2 kumpulan pemburuan.
Apabila sampai kedestinasi pemburuan pertama iaitu Gua Bewah, Pada sebelah petang hari pertama kaki casting yang selama ini memendamkan bakatnya mengeluarkan segala skill yang ada melontar gewang ke celahan pokok tunggul mati sekitar kawasan pemburuan. Dua bot fibre yang dinaikki Tekong Karim, KQ dan boy memulakan pemancingan dilubuk belakang gua bewah dan bot yang dikemudi Tekong Asseri menduga di lubuk berhampiran belakang gua. Ayin dan juga Bob yang menyertai Asseri banyak menggunakan Gewang kilat. beberapa kali sambaran tidak lekat kemungkinan ikan tersebut kecil dan mengakibatkan matakail bersaiz 3 tidak sesuai disesetengah lubuk.
Jam menghampiri 7.15ptg kelihatan Tekong Karim dan Crew Selayang Group pulang dari Lubuk Casting Di belakang Gua Bewah. 3 Ekor sebarau berskala 1 hingga 2 kilo berjaya ditumpaskan. Boy yang baru menyertai arena pemancingan ini berjaya mendaratkan seekor sebarau telah pun mendapat lesen tunggal di Tasik Kenyir ini. 2 Ekor selebihnya telah didaratkan oleh Tekong karim.
Pagi hari ke 2 seawal jam 0630 pagi saya mencuri masa untuk turun seorang diri di bawah kaki bukit Bewah. Menggunakan sampan tanpa dihidupkan enjin saya memulakan castingan disekitar bot. Dalam jarak 200 meter dari bot house saya menerima satu sambaran pada jam0645 pagi. Lontaran sejauh 25 meter itu sebenarnya telah di serang hendap oleh sang sebarau yang memang aktif pada awal pagi. Berdesing "drag" SHIMANO sidestabe 2500RE dilarikan oleh sang sebarau. Risau dengan kekuatan Leader yang digunakan adalah 17LB saya tidak mengambil masa yang lama untuk menawan, bimbang ianya akan membawa lari gewang ke reba ataupun tunggul2 kayu yang berada di sekitarnya. Kayuhan sampan seterusnya dilakukan untuk bergerak 10 meter dari tempat sambaran pertama tadi. Ternyata pengorbanan bagun awal saya tidak sia sia apabila sambaran kedua diperolehi. kali ini dirasakan mangsa yang terjerat lebih besar dari yang pertama tadi. Benaman kasarnya kebawah bot membimbangkan saya tetapi tetap dikawal sebaiknya. Paras benaman sentiasa dikawal agai Ianya tidak lari Ke sarang yang berbatu di bawah kaki bukit bewah ini. Selang beberapa minit sebarau berskala 1.5kg berjaya ditewaskan. Memikirkan tanggungjawap dan tugas yang telah diagihkan saya terpaksa menamatkan pemburuan di awal pagi kepada Tekong Asseri kerana mahu menyiapkan sarapan pagi kepada semua pemancing.
Akibat kedalaman air mencecah 60kaki kebawah maka teknik bottom amat tidak menggalakan disini... Akibatnya Pilihan terpaksa dibuat bagi keadilan semua dan kami bergerak ke Muara Sungai Cacing. Disini ratusan lampam yang main disekitar bot menjelmakan diri. Kebanyakan ikan lampan ini yang kerpa makan umpan pada waktu pagi dan petang. Tapi bukan mudah untuk mendaratkan!!bagi kami kamaruzaman@atuk adalah lebih master dan tahu cara mendaratkannya. Dihari kedua setelah selesai makan tengah hari bermenukan Nasi putih, Ikan sebarau masak asam tempoyak, Sebarau goreng, Pucuk paku tumis dan sambal belacan, saya Asseri dan Ayim keluar bertiga menggunakan bot fibre disepanjang alur sungai menuju ke Bukit Bewah. pemburuan kami hampa pada petang itu walaupun Tekong Asseri menerima strike berkali kali.
Gambar bawah - Sebahagian senjata untuk memburu segala spesis yang berada di Tasik Kenyir.
hasilnya.
Saya berjaya mendarat 2 ekor sebarau dan boy berjaya mendapatkan lesen kenyir dengan tangkapan terbaiknya setakat ini disepanjang berkecimpung di arena pancing ini. Selebihnya sumbangan kawan kawan yang hardcore memancing disekitar tasik.
lawatan Gua Bewah.
kami sempat melawat gua bewah dimana bot house kami parking betul2 dihadapan pintu gua. Pelbagai fakta sejarah terdapat di sini.
Gewang.
Antara gewang yang berjaya memikat sebarau. Menggunakan warna yang lebih cerah adalah cara terbaik bagi memikat sang sebarau atau toman. skiter popper berwarna merah putih memberi bunyi yang sangat menarik keluaran Rapalla dan gewang no 5 menghasilkan 2 tangkapan sebarau keluaran Surecatch.
Abu cardinal 30 1970an.
KQ sempat menunjukkan sebuah mesin abugarcia model cardinal30 buatan tahun 1970an peninggalan arwah bapa mertua beliau. Mesin ini tidak di jual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan