Isnin, 31 Ogos 2009

Teknik Pancing Dilubuk Berbatu

Pancingan Pantai.
1. Memancing di tebing berbatu adalah kawasan berpotensi menjinakkan ikan. Batu atau karang di kawasan itu menjadi kegemaran ikan berlindung dan memburu mangsa. Namun begitu, karang dan batu turut mendatangkan masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu mempunyai karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan batu karang di dasar. Antaranya:

a) Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung di bahagian bawah sekali. Jika tidak ingin kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung harus lebih kecil daripada perambut untuk mata kail. Oleh kerana ladung mencecah dasar, risiko untuk sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut, pemancing masih dapat mata kail mahupun ikan kerana tali yang lebih halus akan putus terlebih dahulu apabila tersangkut.



b) Teknik tanpa pemberat. Teknik ini lebih sesuai jika kawasan berkenaan lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan ini akan mengambil masa untuk sampai ke dasar. Ketika ia menjunam, umpan mudah menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika terdapat tanda ia disambar. Sambaran dengan teknik pancing begini biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.

c) Teknik menggunakan pelampung. Untuk teknik memancing dasar menggunakan pelampung, pemancing harus bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini, jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 1 hingga 3 kaki dari dasar maka potensi ia disambar adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut adalah tinggi.

Khamis, 27 Ogos 2009

Udang Galah

Udang galah yang banyak mendominasi sungai, lombong dan muara laut menjadikanya amat mudah di tawan.
Kampung Kuantan, -Siapa sangka pergerakan airnya yang dipengaruhi pergerakan pasang surut air laut ini banyak didominasi penghuni penghuni dasarnya yang memang menjadi buruan kaki pancing. Sungai disini sebenarnya berhampiran muara laut lepas Kuala Selangor dan airnya dikategorikan sebagai air payau. Populasi yang banyak mendominasi adalah seperti udang galah, ikan gelama, sembilang dan lain lain lagi. Kemudahan penyewaan sampan dijeti Kampung kuantan ini memudahkan lagi pergerakan bagi kakipancing untuk memburu sebarang populasi didasarnya.

Umpan.
Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati,. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis yang dikopek kulitnya, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh digunakan.

Joran.
Set joran juga memainkan peranan penting dalam teknik pemancingan udang galah ini. Joran hendaklah menggunakan “medium soft” seperti dalam gambar, yang berkekuatan sederhana. Ini bagi memudahkan kita mengesan pergerakannya apabila ianya memakan umpan dan terkena matakail. Cara getuan nya lemah lembut membuatkan ianya mudah dikesan berbanding cara ikan memakan umpan dengan meragut dan terus melarikan diri. Walaubagaimanapun sesetengah spesis ikan juga menggunakan cara sama ketika memakan umpan. Ini menyebabkan kakipancing tertipu dengan teknik lemah lembutnya.


Semakin Berkurangan.
populasi udang galah disini semakin berkurangan berbanding rekod tangkapan 5 tahun kebelakangan. Ini mungkin disebabkan faktor faktor perubahan monsun dan pembangunan di hulu sungai yang mengganggu populasi udang tersebut. Apatahlagi ditambah dengan kerakusan manusia menggunakan jalan singkat dengan cara meracun tuba kedalam sungai hingga memusnahkan seluruh generasi udang disungai ini. Walaupun tidak begitu serius jika dibandingkan sebelum ini namun kegiatan itu mesti dikekang. Penduduk dan pemancing juga mesti bersikap profesional untuk terus menghalang dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya penubaan berlaku di depan mata mereka.

1.Sedikit pengetahuan cara cara mengikat tali untuk mata udang
2. Teknik ini juga boleh di gunakan.


Sabtu, 8 Ogos 2009

Trip Memancing Udang

Trip yang dirancang awal awal lagi nampaknya membuahkan hasil yang memberangsangkan. Tak sangka trip yang dirancang ni, iskandar juga turut serta. Mungkin langkah kanan bagi is apabila berjaya mendaratkan banyak udang galah. Bertolak dari Kuala Lumpur seawal jam 6.30 pagi dan kami melalui sungai buloh menuju ke Kuala Selangor. Sekitar jam 7.30 kami tiba di jeti Kpg sepakat Kuala Selangor. Menggunakan enjin suzuki 15Hp (sendiri punya) dan bot fibre 17kaki memberikan keselesaan pada kami ketika memancing. Sepanjang hari kami meneroka lubuk2 yang dianggap berpotensi menghasilkan tangkapan. Hasilnya boleh dianggap "baik" walaupun kami bukan di musim udang.
Sekitar jam 7.00ptg kami mendarat di jeti semula dan bergerak pulang. keseluruhanya trip ini dianggap berjaya dari segi hasilnya dan keselamatanya...sedikit gambar sekadar kenangan :-

Ahli komplot:-
1.Fadzil
2.Iskandar
3.Azli


Rod soft sesuai dugunakan untuk mengudang.
Udang galah yang berjaya ditawan is'

Umpan udang beras+2biji epal...

Ikan Gelama yang selalu menganggu umpan!!jadi penghibur juga..

Gaya seorang pemancing profesional......

Sepit Biru.....Is' bersama udang nyer...

Happy dapat udang tuh...
Hasilku.....

Azli..champion ikan duri...