Ahad, 31 Januari 2010

Hasil Trip Mudik Hulu Sungai Semantan

Lama juga rasanya selayanggroup tak mengeluarkan report perjalanan memancing. Kali ini selayanggroup sekali ke Sungai Semantan dalam misi menjelajah sebahagian hulu sungainya.

Perjalanan seawal jam 0700pagi menggunakan Jentera alfa, Ayim memecut memasuki highway karak ...
Seperti biasa ayim membuat pecutan normal 230/KMH ....

seawal jam 0930pagi kami telah pun memulakan perjalanan mudik kehulu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk mencari spot terbaik ...

Halangan pokok tumbang menyukarkan misi kami, Tekong aseri terpaksa turun menyelesaikan keadaan.

Yang menariknya semasa dalam perjalanan ada satu pemandangan menarik ditepi sungai.


Selesai mudik sekitar 2 jam ... kami turun semula kehilir untuk persediaan makan tengah hari . Kali ini setiap ahli dibahagikan tugas menyediakan makanan . Aseri menyediakan Nasi , fadzil menyediakan lauk dan Sayur serta Ayim menyediakan Air dan Buah buahan.



Apabila selesai sesi membakar , tiba masanya untuk sesi makan .


ular ni betul 2 berada di atas kami ketika kami masak dan makan . hanya setelah selesai makan barulah kami perasaan ular ini berada di atas pokok buluh .

Pengembaraan di teruskan setelah selesai makan tengah hari...kami memasuki anak sungai seterusnya.


Akhirnya ... Aseri berjaya mendaratkan ikan lampan dewasa ....

Sesi penutup perjalanan memancing dengan singgah makan durian di simpang 3 lanchang.













Rabu, 27 Januari 2010

Trip Mudik Hulu Sungai Semantan

Tarikh : 30/01/2010
Masa : 0700 - 1900hrs

Ahli komplot Berdaftar :
1) Fadzil
2)Tekong
3)Ayim

Sabtu, 16 Januari 2010

Roof Carry Sampan

Salam Semua Sahabat .... daripada ujikaji pemasangan Roof Carry untuk kereta sedan kali ini saya ingin memberikan sedikit skefikasi pemasangan dan teknik pemasangan fiber di atas bumbung. Terdapat pelbagai jenis Carry dipasaran yang kebanyakan untuk kenderaan model 4X4. Tetapi untuk kenderaan sedan panjang 4 kaki sudah memadai untuk membawa bot sepanjang 12 kaki. Panjang dan lebar sampan :
12FT Panjang - Lebar 3FT 10inci
10FT Panjang - Lebar 3FT 8inci
8FT panjang - Lebar 3FT 4inici

Untuk carry ini, pemasangan menggunakan skru yang ditebuk kebumbung bagi mengukuhkan kedudukan carry ini.

Untuk carry jenis ini ianya diikat daripada tepi pintu body dan mudah dibuka dan dipasang. Panjang carry jenis ini juga 4FT.






Tunggu Post kedua - cara mengikat sampan fibre.

Isnin, 4 Januari 2010

Website Terbaru Selayanggroup

Salam kepada semua Warga selayanggroup dan semua pengunjung. Satu lagi website Selayang Group Angler dibuka. Website tersebut diwujudkan hanyalah untuk penyimpanan gambar gambar kenangan setiap trip yang diadakan. Untuk ke Website tersebut sila klik http://selayanggroup.webs.com

Ahad, 3 Januari 2010

Layaran Di Akhir Musim

Salam semua .... dah lama rasanya tak menulis artikel dalam ruangan kakipancing surat khabar atau majalah. Idea pun dah banyak hilang. Selepas trip merchong menduga layaran pada bulan 10 lepas saya meminta sahabat sepancingan (Fahiz) menulis artikel tentang perjalanan trip tersebut. Kali ini saya hanya bertindak sebagai editor gambar sahaja. Kepada crew merchong tahniah di ucapkan .






Jadual Pasang Surut Air Tahun 2010


Sabtu, 2 Januari 2010

Yamaha 15HP Outboard 2Stroke


Specification

2 Cyl.
15.0 ci (246 cc)
4500-5500
6A **
6.8:1
Carb Loop Charged
100:1 Premix
CDI
Manual
15 in.
13:27 (2.08)
79 lb (36 kg)
2 Year Limited Pleasure Boat - 1 Year Limited Commercial