Khamis, 29 Oktober 2009

Pemburuan Bermula

Semasa artikel ini ditulis kami ahli selayanggroup mempunyai masa 3 jam lagi untuk berangkat ke Negeri Terengganu iaitu Tasik Kenyir. Lokasi pemburuan masih menjadi tanda tanya sama ada kami akan berlabuh di destinasi Sungai Terenggan atau di Gua Bewah.

Monsun yang kian menunjukkan peralihan difahamkan telah membuatkan paras air ditasik kenyir kian meningkat. Diwaktu ini spesis spesis buruan akan keluar mencari makan disekitar lubuk lubuk yang berpontensi mempunyai mangsa.

Teknik casting adalah cara terbaik ketika ini kerana habitat ini akan menyambar apa saya yang lalu dihadapanya. Bagi sebelah malam pula terdapat lubuk baung yang akan kami terokai yang tidak berapa jauh dari tempat bot house berlabuh. bagi menjinnakkan baung teknik bottom sesuai dan umppan yang terbaik adalah tapa, cacing dan cengkerik.

Nantikan laporan penuh minggu depan.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Panggilan Mesyuarat Mutakhir "Romeo Kenyir"

Di jemput Tuan tuan ke Panggilan Mesyuarat Mutakhir Ahli Selayang Group sesi trip "Romeo Kenyir" Bil 1/2009.



Tarikh : 27 Oktober 2009
Hari : Selasa
Masa : 0845 Malam
Lokasi : Gerai Sonex - Hadapan Nsk Selayang



Pesanan : Semua Ahli di kehendaki hadir bagi mendengar taklimat jadual waktu memancing, peralatan dan tugas tugas yang perlu dilakukan. Terima Kasih.

Selasa, 20 Oktober 2009

Persediaan Trip "Romeo Kenyir"


Pembahagian tugas tugas pada para peserta untuk trip Romeo Kenyir telah di agihkan. Diharap semua peserta menyediakan kelengkapan untuk trip ini. 5 kategori pembahagian tugas adalah seperti berikut.
Ajk Keselamatan :- Menyediakan alat perubatan bagi memastikan apa juga malapetaka yang tidak di ingini segera ditangani dan menjaga keselamatan semua pemancing termasuk barang yang di bawa.
Ajk Umpan - memastikan umpan semasa trip mencukupi dan menyediakan beberapa jenis umpan mengikut sasaran tangkapan.
Ajk pengangkutan - Memastikan semua kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan serta mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan dan mengikut laluan perjalanan yang betul.
Ajk makanan - Menyediakan makanan mengikut waktunya.
Cameraman - Mengambil gambar dari semua sudut spt makanan, tangkapan dan lokasi pemburuan.
"selamat menjalankan tugas dan selamat memancing kepada semua"