Tetapi bagi yang menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi utama, perkara itu bukanlah dianggap batu penghalang kerana masih banyak inisiatif lain yang boleh dilakukan untuk meneruskan hobi yang kadang kadang tidak menelan belanja yang tinggi. Bagi 2 orang kaki pancing yang penulis temui baru baru ini Ahmad Kamil dan Mohd Rizal yahya menjadikan lubuk lubuk disekitar kebun sawit, paya dan hutan sebagai tempat pertarungan joranya. Antara spesis yang menjadi pertaruhan 2 anak muda ini adalah dari spesis haruan( channa striata), haruan palas(Channa gachua), bujuk dan toman (Channa micropettes).
Kos memancing disungai atau paya lebih praktikal dan menjimatkan bagi kaki pancing yang gemarkan hasil air tawar berbanding turun ke laut yang banyak menelan kos yang tinggi. Dikira dari penyewaan bot hinggalah ke peralatan memancing.
Spesis haruan, haruan palas, bujuk dan toman jika dilihat adalah sama tetapi populasinya berlainan. Haruan dan haruan palas yang kita tahu amat berharga dipasaran kerana dikatakan baik untuk dibuat ubat wanita selepas bersalin. Berbanding spesis bujuk yang aktif tetapi spesis ini tidak suka merayau dan menggunakan pergerakan tengelam dan timbul untuk mencari makan. Spesis toman memang sangat aktif dan saiznya boleh dikatakan melebihi 10 kg (kilogram). Spesis ini sangat digemari bagi kaki pancing yang gemarkan pertarungan hebat kerana ini adalah antara spesis yang digelar juga raja sungai.
Menggunakan set joran atau ''carbon fibre rod ariel'' kategori sederhana sudah cukup memuaskan hati si pemancing. Untuk teknik casting dan mengarau, joran panjang hendaklah digunakan yang berukuran 6 kaki hingga ke 7 kaki bagi memudahkan tali keluar dari spoll setelah dilontar. Ataupun pemancing boleh menggunkan set casting pelbagai model yang kini banyak dipasaran. Selain itu ia juga dapat mengawal pergerakan umpan ketika mencecah gigi air.
Dalam apa jua tujuan pemancing, umpan adalah amat penting bagi pemancing untuk menentukan hasil yang hendak dibawa pulang. Untuk mendaratkan spesis jenis ini, umpan yang digunakan adalah katak gewang kilat, ataupun umpan tiruan yang boleh didapati di kedai kedai menjual alat pancing. Dengan warna air yang gelap kesan dari tanah gambut disekitar kawasan kebun menjadikan mangsa kurang aktif menyambar dengan lintasan umpan walaupun di hadapan mulut mangsa. Dengan menggunakan teknik mengarau secara perlahan dan merendam seketika umpan ke dasar paya atau parit, dapat menarik perhatian si mangsa yang berhampiran. Bagi mangsa yang aktif kebiasaannya akan mengejar umpan dan menyambar secara ganas serta melarikan diri ke dasar yang mempunyai akar rumput atau kayu
Sifatnya yang aktif ketika waktu malam menyambar umpan dikatakan mampu membuat kaki pancing teruja melayan kerakusan mangsa menelan umpan yang bermata kail. Tiap sambaran yang mengena, pemancing tidak banyak masa untuk mendaratkan mangsa bimbang mangsa akan membenamkan diri kedasar yang mempunyai rumput ataupun kayu dengan kesudahan tali tersangkut atau putus.
Yang paling mencabar dalam menawan spesis ini adalah mendaratkan ibu haruan yang sentiasa berada didasar air mengawal pergerakan anak anaknya yang timbul di permukaan air. Keadaan yang sangat sensitif menyukarkan pemancing untuk menawanya. Persekitaran hendaklah sunyi selain teknik mengarau umpan dimana tempat anak anak haruan ini bermain. Tetapi jika pemancing berjaya, hasilnya amat memuaskan kerana kebiasaan saiznya amat membanggakan.
Antara cara lain untuk menawan spesis ini adalah dengan mengenakan tajur di tepian parit atau paya berumpankan anak ikan puyu, anak ikan sepat atau katak yang dicangkuk pada mata kail. Penggunaan anak ikan puyu lebih praktikal kerana daya tahan hidupnya lebih lama berbanding jenis lain. 2 anak muda ini berkata ''waktu yang sesuai untuk memancing spesis ini adalah seawal jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi, kerana waktu ini mangsa mencari makan''. Mendengar rahsia anak muda memudahkan pemancing kerana cuaca yang masih sejuk kerana belum mencapai waktu tengah hari.
Bercerita tentang saiznya 2 anak muda menceritakan zaman kini berubah dan banyak penggunaan racun dan baja hingga membantutkan tumbersaran spesis spesis yang mendominasi parit dan paya ini. Saiznya kini menjadi sekali ganda kecil berbanding pada 10 tahun dahulu. Kepupusannya juga kian dirasai apabila hasil tangkapan kini kian menjadi kurang di samping penggunaan jaring dan jala yang merosakkan habitatnya.
Bagi yang biasa menikmati ikan dari spesis ini ternyata rasa yang manis dan enak cukup membuat perut sesiapa sahaja berkeroncong. Bagi peminat kaki pancing ikan haruan, kadang kadang tidak menghirau penat dan bahaya untuk menawannya. Bagi segelintir masyarakat yang tidak makan hasil air tawar kerana kehanyirannya cubalah sekali untuk merasai ikan jenis ini kerana rasa cukup lemak, manis dan sedap.
Bercerita tentang saiznya 2 anak muda menceritakan zaman kini berubah dan banyak penggunaan racun dan baja hingga membantutkan tumbersaran spesis spesis yang mendominasi parit dan paya ini. Saiznya kini menjadi sekali ganda kecil berbanding pada 10 tahun dahulu. Kepupusannya juga kian dirasai apabila hasil tangkapan kini kian menjadi kurang di samping penggunaan jaring dan jala yang merosakkan habitatnya.
Bagi yang biasa menikmati ikan dari spesis ini ternyata rasa yang manis dan enak cukup membuat perut sesiapa sahaja berkeroncong. Bagi peminat kaki pancing ikan haruan, kadang kadang tidak menghirau penat dan bahaya untuk menawannya. Bagi segelintir masyarakat yang tidak makan hasil air tawar kerana kehanyirannya cubalah sekali untuk merasai ikan jenis ini kerana rasa cukup lemak, manis dan sedap.
*artikel pernah tersiar di Ruangan kakipancing@selangor k.l
Tiada ulasan:
Catat Ulasan