Selasa, 20 Oktober 2009

Persediaan Trip "Romeo Kenyir"


Pembahagian tugas tugas pada para peserta untuk trip Romeo Kenyir telah di agihkan. Diharap semua peserta menyediakan kelengkapan untuk trip ini. 5 kategori pembahagian tugas adalah seperti berikut.
Ajk Keselamatan :- Menyediakan alat perubatan bagi memastikan apa juga malapetaka yang tidak di ingini segera ditangani dan menjaga keselamatan semua pemancing termasuk barang yang di bawa.
Ajk Umpan - memastikan umpan semasa trip mencukupi dan menyediakan beberapa jenis umpan mengikut sasaran tangkapan.
Ajk pengangkutan - Memastikan semua kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan serta mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan dan mengikut laluan perjalanan yang betul.
Ajk makanan - Menyediakan makanan mengikut waktunya.
Cameraman - Mengambil gambar dari semua sudut spt makanan, tangkapan dan lokasi pemburuan.
"selamat menjalankan tugas dan selamat memancing kepada semua"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan