Ahad, 6 September 2009

Trip Tasik Kenyir - "Romeo Kenyir"

Clik pada gambar untuk paparan map tasik kenyir dengan lebih jelas.

Salam buat semua ahli selayanggroup angler...maklumat terbaru tentang trip tasik kenyir -"Romeo Kenyir"..Mungkin sebahagian ahli yang pernah menjejak kaki ke sini masih ingat tentang Bot house seperti ini..kini kita akan kembali pada 30, 31 dan 1 november 2009. Trip ini di gelar "Romeo Kenyir" kerana jentera pengangkut kami akan berkonvoi menggunakan jentera Alfa Romeo pelbagai model (http://alfaclover.com/) - ayin (moderator) Tarikh : 30, 31 dan 1st November 2009
Hari : Jumaat, Sabtu Dan Ahad

Ahli Komplot Selayanggroup Angler :
1)Mohd Fadzil (organizer) 820617-10-**** Penyelaras/Chef
2)Mohd Asseri Ahmad (Asst Organizer) 810702-06-**** Penyelaras/Ajk Pengangkutan
3)Hezrin bin Ramli (ayin) 790131-10-**** Ajk Umpan
4)Mohd Zariff b Sulaiman 790615-08-**** Ajk Umpan
5)Mohd Hafiz b Sulaiman 780202-01-**** Juru Foto/Cameraman video
6)Zulhelmi b Hamiri 811114-14-**** Ajk Pengangkutan
7)Kamaruzzaman (atok) 770427-08-**** Ajk Keselamatan
8)Mohd Azhar B. Jainun 811115-06-**** Ajk Umpan
9)Mohd Ridzuan B. Jusoh(Bob) 780223-11-**** Asst Chef
10) Abang Lan Ajk Keselamatan
11) Mohd Zamri B zakaria 750228-08-**** Ajk keselamatan

Atucara perjalanan dan jadual memancing :
29/10/2009 1000PM - Berkumpul di Warung D'Z Sonex.
29/10/2009 1100PM - Bergerak terus ke lebuh raya karak
30/10/2009 0100AM - Berhenti rehat di R&R Temerloh
30/10/2009 0300AM - Berhenti Rehat di Kuantan
30/10/2009 0600AM - Berhenti Sembahyang subuh di Ajil
30/10/2009 0700AM - Berhenti di Pasar Pekan Kuala Berang Untuk membeli kelengkapan dapur
30/10/2009 0930AM - Menaiki Bot House ke Lubuk Taman Negara dan Seterusnya aktiviti memancing
31/10/2009 - 0000 - Sepanjang waktu memancing
01/11/2009 - 1000AM - Bertolak balik ke jeti Sultan Mahmud seterusnya balik ke Kuala Lumpur.
Jadual makan Dan Menu:
30/10/2009 Jumaat

1130am - Nasi Putih
Sayur campur (kobis,carrot,daun bawang)
Ayam goreng tepung berlada
Sambal belacan.
Ikan masin.

0300pm - Goreng pisang
Teh tarik/Kopi

0700pm - Nasi Putih
Telur masak pedas
Sardine
Sayur Campur

1000pm - Teh/kopi
Meggi/Biskut

31/10/2009 sabtu

0700am - Nasi lemak/mee goreng
Roti Gardenia
Hotdog/timun/tomato
Teh/kopi


1200pm - Nasi Putih
Ikan sungai masak lemak/ masak tempoyak
Sambal tempoyak
Ikan sungai goreng
Pucuk paku/Pucuk labu masak lemak
Ulam ulam

0300pm - Teh/kopi
Biskut

0700pm - Nasi putih
Ikan sungai goreng tepung
Sayur Paprik
Sambal belacan/ sambal tempoyak
Ulam ulaman

1000pm - Teh/kopi
Biskut

1/11/2009 ahad

0700am - Nasi putih/Nasi goreng
Telur dadar

1100 - Nasi putih
Ikan goreng tepung
sambal belacan
etc
*menu akan berubah mengikut keadaan.

Pesanan.
Memandangkan monsun akan tiba di penghujung tahun, bawa kelengkapan baju hujan untuk turun casting ketika hujan. Ketika monsun ini sebarau akan menganas. "selamat memancing kepada caster caster sekalian".

Penaja bersama kita D'Z Char Kuew Teow yang sudi menghulurkan sumbangan untuk trip kali ini. Terima kasih Saudara Dzulkifli Char kuey Teow (Hadapan Pasaraya NSK selayang)



Saudara Dzul.(Tokey D'Z Corner)

Kunjungi Gerai beliau di hadapan pasaraya NSK selayang, Belakang petronas berhampiran pasar borong selayang. Rasa char kuew Teow sebenar'...



Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.!!

Rabu, 2 September 2009

Report Cabaran Ramadhan Trip Is'

Salam Ramadhan Buat Semua Kakipancing dan blogger....dalam siri ini saya nak berkongsi trip cabaran ramdhan terjebak is' 2 september 2009 (12 ramadhan)..Trip disertai 3kakipancing komplot iaitu Fahiz, Iskandar dan aku sebagai mederator a.k.a tekong lubuk. Nampaknya trip kali ini menjadi walaupun kami dihimpit dengan masa yang sentiasa mencemburui semua kakipancing. Kami tiba lewat dijeti lebih kurang jam 9.20 minit pagi setelah menyeselesaikan segala urusan di kuala lumpur. lebih kurang jam 9.30 kami dah melepaskan tali tambatan bot 17kaki berenjin 40hp terus kelubuk pertama. Umpan segar yang baru ditangguk oleh owner bot cukup memuaskan hati..segalanya terancang....Keadaan air yang menyorong surut semasa ketibaan kami membuatkan kami hanya memancing sekitar pokok berembang yang berakar dan berteluk. Ini bagi mengelakkan daripada sampah yang hanyut. hasilnya?...fahiz menjadi orang pertama menjinakkan udang...
Pencarian lubuk kelubuk diteruskan walaupun ada lubuk yang menghampakan. tapi bagi keseluruhanya 9/10 lubuk yang saya terokai menghasilkan tangkapan...
Mengenal pasti lubuk lubuk yang berpontensi menghasilkan tangkapan adalah kunci utama kejayaan sesebuah trip. Semasa air surut kebanyakan udang akan bermain ditengah alur sungai dan mudik ke muara. semasa air pasang pula udang akan berkeliaran dikawasan sekitar tepian sungai yang berakar dan tempat yang berpotensi untuk ianya mencari makan.
Dalam trip kali ini banyak penyeri yang menemani kami. Seawal dari pagi saya dihujani tangkapan ikan gelama dan ikan duri yang tak henti henti memberi strike. ketika lewat tengah hari satu srike yang cukup kasar telah mengejutkan pancing saya apabila joran melentur menjadi "u". Hasilnya terlepas kerana saya mengunakan matakail udang. sahabat yang lain Fahiz, berjaya mendaratkan ikan keli seberat 1.1kg dan ianya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk ditewaskan. Apabila dibawa pulang dan di siang isi perutnya kelihatan kantung makanan "keras". Mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, saya memotong isi perutnya. rupanya se ekor udang galah bersaiz medium yang masih belum hadam berada dalam perutnya. Ternyata selera ikan keli cukup hebat. sepit biru udang galah tersebut juga ditelannya.
sebahagian hasil hasil kami. walaupun terasa kepenatan di bulan ramadhan tapi melihat hasilnya, hilang perasaan tersebut.
Deretan udang yang berjaya ditewaskan...... tunggu trip akan datang bertajuk " Mari Beraya disungai"....