Khamis, 28 Februari 2013

Trip Keli Wili 18 - 19 Mac 2012

Assalamualaikum,

Sebenarnya banyak trip2 underground atau adhoc dibuat tanpa post2 disini. Antaranya misi mencari kedamaian dari hirup pikuk kota Kuala Lumpur, kami ke Sungai Selangor yang sememangnya menjadi lokasi pelepas kekusutan kota.

Kalau nak dibandingkan sungai2 yang ada disekitar lembah kelang, Sungai Selangor masih menyimpan khazanah yang mampu memuaskan kakipancing.


























Sabtu, 23 Februari 2013

Perubahan Masa SG Angler's

Dah lama rasanya tak update blog SG ni ... dulu meriah dengan posting gambar gambar trip tapi lately admin makan 3 periuk' .. so, agak sibuk dengan kerja2 sampingan. Balik mancing buat research dan buat artikel. Blog SG kian tertinggal. Sebenarnya ramai sahabat yang mengikuti perkembangan SG ni dari serata tanah air. Thanks semua.

Teringat masa mula mula tercetusnya sahabat memancing ketika saya dan Asseri kerap memancing dikawasan berdekatan dengan selayang cnthnya rawang/batang kali dlln kawasan sekitar yang tertumpu dengan freshwater. Masa tu,  sekitar tahun 2002. Pejam celik dah lebih kurang 10 - 11 tahun SG Angler memancing bersama. Bermula dari dua orang jadi 3 orang dan berterusan bertambah akibat di racun turun bersama memancing. 

Dulu tak kira mana sungai/lombong semua redah asalkan boleh memancing, bukan asalkan dapat ikan ... 
Itulah hobi yang dikongsi bersama walau lain latar belakang kerjaya dan kehidupan .... 

Peralihan dan peredaran zaman telah menukarkan Kumpulan ini bergerak mengikut arus masa. Casting/Camping/Hiking/Boating semua tu dah jadi mainan dulu ...

Sekarang, akibat keseronokan menjelajah hutan menggunakan motor, ada pulak yang menjebakkan diri ingin membeli motor offroad. Misinya hanya satu, ingin menikmati keindahan alam dan sampai ke tempat yang di tuju walau hasilnya belum tentu kita tahu.



                                             ~ Selamat memancing ~