Ahad, 28 Februari 2010

Trip Jenggo Sepintas Sabak Bernam 27/02/2010

27 Feb 2010 Sabtu....
Ahli Komplot :Fadzil, Mail Dan Amin.
Lokasi : Sungai Bernam, Sabak Bernam
Kami bertolak dari Parit 4 seawal jam 0640pagi .... hujan renyai renyai mengekori perjalanan kami pagi itu ..... Matahari semakin naik tetapi hujan gerimis .... Awan kelihatan cerah waktu itu ...

Pintu masuk jalan sepintas batu 4 Sabak Bernam ...

Setelah selesai setting barang dijety .... bo berlepas ke lubuk pertama sementara membuat persediaan pancing ....

Menu sarrapan pagi Nasi Lemak yg ditaja oleh Amin. Terima Kasih.

Baung kuning yang sudi menjamah Umpan ... Baung disini galak memakan umpan cacing dan saiznya boleh dianggap dewasa.

Jenggo pertama yang berjaya didaratkan oleh saya ...

Umpan cacing dan punpun amat praktikal di gunakan disini ....

Perumpun saiz sederhana yang banyak memikat udang disini ..

keladi air yang disangkan Jenggo besar ....

Saudara Amin yang terpaksa pulang awal kerana masalah peribadi. Saya dan mail meneruskan aktiviti memancing sehingga jam 0500ptg.

Lubuk Pokok, ... Spot ini yang banyak mendaratkan udang ...

Keseluruhan hasilnya ... 24 Ekor udang dan 4 Ekor baung ....
Alhamdulilah ....












joran's

Khamis, 18 Februari 2010