Rabu, 2 September 2009

Report Cabaran Ramadhan Trip Is'

Salam Ramadhan Buat Semua Kakipancing dan blogger....dalam siri ini saya nak berkongsi trip cabaran ramdhan terjebak is' 2 september 2009 (12 ramadhan)..Trip disertai 3kakipancing komplot iaitu Fahiz, Iskandar dan aku sebagai mederator a.k.a tekong lubuk. Nampaknya trip kali ini menjadi walaupun kami dihimpit dengan masa yang sentiasa mencemburui semua kakipancing. Kami tiba lewat dijeti lebih kurang jam 9.20 minit pagi setelah menyeselesaikan segala urusan di kuala lumpur. lebih kurang jam 9.30 kami dah melepaskan tali tambatan bot 17kaki berenjin 40hp terus kelubuk pertama. Umpan segar yang baru ditangguk oleh owner bot cukup memuaskan hati..segalanya terancang....Keadaan air yang menyorong surut semasa ketibaan kami membuatkan kami hanya memancing sekitar pokok berembang yang berakar dan berteluk. Ini bagi mengelakkan daripada sampah yang hanyut. hasilnya?...fahiz menjadi orang pertama menjinakkan udang...
Pencarian lubuk kelubuk diteruskan walaupun ada lubuk yang menghampakan. tapi bagi keseluruhanya 9/10 lubuk yang saya terokai menghasilkan tangkapan...
Mengenal pasti lubuk lubuk yang berpontensi menghasilkan tangkapan adalah kunci utama kejayaan sesebuah trip. Semasa air surut kebanyakan udang akan bermain ditengah alur sungai dan mudik ke muara. semasa air pasang pula udang akan berkeliaran dikawasan sekitar tepian sungai yang berakar dan tempat yang berpotensi untuk ianya mencari makan.
Dalam trip kali ini banyak penyeri yang menemani kami. Seawal dari pagi saya dihujani tangkapan ikan gelama dan ikan duri yang tak henti henti memberi strike. ketika lewat tengah hari satu srike yang cukup kasar telah mengejutkan pancing saya apabila joran melentur menjadi "u". Hasilnya terlepas kerana saya mengunakan matakail udang. sahabat yang lain Fahiz, berjaya mendaratkan ikan keli seberat 1.1kg dan ianya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk ditewaskan. Apabila dibawa pulang dan di siang isi perutnya kelihatan kantung makanan "keras". Mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, saya memotong isi perutnya. rupanya se ekor udang galah bersaiz medium yang masih belum hadam berada dalam perutnya. Ternyata selera ikan keli cukup hebat. sepit biru udang galah tersebut juga ditelannya.
sebahagian hasil hasil kami. walaupun terasa kepenatan di bulan ramadhan tapi melihat hasilnya, hilang perasaan tersebut.
Deretan udang yang berjaya ditewaskan...... tunggu trip akan datang bertajuk " Mari Beraya disungai"....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan