Khamis, 29 Oktober 2009

Pemburuan Bermula

Semasa artikel ini ditulis kami ahli selayanggroup mempunyai masa 3 jam lagi untuk berangkat ke Negeri Terengganu iaitu Tasik Kenyir. Lokasi pemburuan masih menjadi tanda tanya sama ada kami akan berlabuh di destinasi Sungai Terenggan atau di Gua Bewah.

Monsun yang kian menunjukkan peralihan difahamkan telah membuatkan paras air ditasik kenyir kian meningkat. Diwaktu ini spesis spesis buruan akan keluar mencari makan disekitar lubuk lubuk yang berpontensi mempunyai mangsa.

Teknik casting adalah cara terbaik ketika ini kerana habitat ini akan menyambar apa saya yang lalu dihadapanya. Bagi sebelah malam pula terdapat lubuk baung yang akan kami terokai yang tidak berapa jauh dari tempat bot house berlabuh. bagi menjinnakkan baung teknik bottom sesuai dan umppan yang terbaik adalah tapa, cacing dan cengkerik.

Nantikan laporan penuh minggu depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan