Ahad, 31 Januari 2010

Hasil Trip Mudik Hulu Sungai Semantan

Lama juga rasanya selayanggroup tak mengeluarkan report perjalanan memancing. Kali ini selayanggroup sekali ke Sungai Semantan dalam misi menjelajah sebahagian hulu sungainya.

Perjalanan seawal jam 0700pagi menggunakan Jentera alfa, Ayim memecut memasuki highway karak ...
Seperti biasa ayim membuat pecutan normal 230/KMH ....

seawal jam 0930pagi kami telah pun memulakan perjalanan mudik kehulu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk mencari spot terbaik ...

Halangan pokok tumbang menyukarkan misi kami, Tekong aseri terpaksa turun menyelesaikan keadaan.

Yang menariknya semasa dalam perjalanan ada satu pemandangan menarik ditepi sungai.


Selesai mudik sekitar 2 jam ... kami turun semula kehilir untuk persediaan makan tengah hari . Kali ini setiap ahli dibahagikan tugas menyediakan makanan . Aseri menyediakan Nasi , fadzil menyediakan lauk dan Sayur serta Ayim menyediakan Air dan Buah buahan.



Apabila selesai sesi membakar , tiba masanya untuk sesi makan .


ular ni betul 2 berada di atas kami ketika kami masak dan makan . hanya setelah selesai makan barulah kami perasaan ular ini berada di atas pokok buluh .

Pengembaraan di teruskan setelah selesai makan tengah hari...kami memasuki anak sungai seterusnya.


Akhirnya ... Aseri berjaya mendaratkan ikan lampan dewasa ....

Sesi penutup perjalanan memancing dengan singgah makan durian di simpang 3 lanchang.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan