Pencarian lubuk kelubuk diteruskan walaupun ada lubuk yang menghampakan. tapi bagi keseluruhanya 9/10 lubuk yang saya terokai menghasilkan tangkapan...
Mengenal pasti lubuk lubuk yang berpontensi menghasilkan tangkapan adalah kunci utama kejayaan sesebuah trip. Semasa air surut kebanyakan udang akan bermain ditengah alur sungai dan mudik ke muara. semasa air pasang pula udang akan berkeliaran dikawasan sekitar tepian sungai yang berakar dan tempat yang berpotensi untuk ianya mencari makan.
Dalam trip kali ini banyak penyeri yang menemani kami. Seawal dari pagi saya dihujani tangkapan ikan gelama dan ikan duri yang tak henti henti memberi strike. ketika lewat tengah hari satu srike yang cukup kasar telah mengejutkan pancing saya apabila joran melentur menjadi "u". Hasilnya terlepas kerana saya mengunakan matakail udang. sahabat yang lain Fahiz, berjaya mendaratkan ikan keli seberat 1.1kg dan ianya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk ditewaskan. Apabila dibawa pulang dan di siang isi perutnya kelihatan kantung makanan "keras". Mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, saya memotong isi perutnya. rupanya se ekor udang galah bersaiz medium yang masih belum hadam berada dalam perutnya. Ternyata selera ikan keli cukup hebat. sepit biru udang galah tersebut juga ditelannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan