Khamis, 27 Ogos 2009

Udang Galah

Udang galah yang banyak mendominasi sungai, lombong dan muara laut menjadikanya amat mudah di tawan.
Kampung Kuantan, -Siapa sangka pergerakan airnya yang dipengaruhi pergerakan pasang surut air laut ini banyak didominasi penghuni penghuni dasarnya yang memang menjadi buruan kaki pancing. Sungai disini sebenarnya berhampiran muara laut lepas Kuala Selangor dan airnya dikategorikan sebagai air payau. Populasi yang banyak mendominasi adalah seperti udang galah, ikan gelama, sembilang dan lain lain lagi. Kemudahan penyewaan sampan dijeti Kampung kuantan ini memudahkan lagi pergerakan bagi kakipancing untuk memburu sebarang populasi didasarnya.

Umpan.
Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati,. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis yang dikopek kulitnya, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh digunakan.

Joran.
Set joran juga memainkan peranan penting dalam teknik pemancingan udang galah ini. Joran hendaklah menggunakan “medium soft” seperti dalam gambar, yang berkekuatan sederhana. Ini bagi memudahkan kita mengesan pergerakannya apabila ianya memakan umpan dan terkena matakail. Cara getuan nya lemah lembut membuatkan ianya mudah dikesan berbanding cara ikan memakan umpan dengan meragut dan terus melarikan diri. Walaubagaimanapun sesetengah spesis ikan juga menggunakan cara sama ketika memakan umpan. Ini menyebabkan kakipancing tertipu dengan teknik lemah lembutnya.


Semakin Berkurangan.
populasi udang galah disini semakin berkurangan berbanding rekod tangkapan 5 tahun kebelakangan. Ini mungkin disebabkan faktor faktor perubahan monsun dan pembangunan di hulu sungai yang mengganggu populasi udang tersebut. Apatahlagi ditambah dengan kerakusan manusia menggunakan jalan singkat dengan cara meracun tuba kedalam sungai hingga memusnahkan seluruh generasi udang disungai ini. Walaupun tidak begitu serius jika dibandingkan sebelum ini namun kegiatan itu mesti dikekang. Penduduk dan pemancing juga mesti bersikap profesional untuk terus menghalang dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya penubaan berlaku di depan mata mereka.

1.Sedikit pengetahuan cara cara mengikat tali untuk mata udang
2. Teknik ini juga boleh di gunakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan