Rabu, 1 Disember 2010

Continental Kenyir Siri 2

Alhamdulilah trip yang di rancang awal terlaksana juga. Kali ini seramai 12 kakipancing selayanggroup menyertai trip Ke tasik kenyir siri 2 ini.

Masih menggunakan kenderaan pengangkut lama 2 Alfa Romeo, BMW dan Gen2, kami berkumpul di Shell Gombak pada jam 10.00mlm sebelum bertolak ke Tasik Kenyir.

Lihat Gambar sepanjang trip 3 hari 2 mlm SelayangGroup Angler's :


Lokasi hentian pertama setelah satu jam perjalanan, hentian R&R temerloh. Sinonim dengan Ikan patin masak tempoyak.


Kami tiba di pekan kuala berang se awal jam 5.30pagi dan bersolat subuh di masjib pekan Kuala Berang.

Singgah di pasar pagi Kuala Berang untuk bersarapan dan juga membeli barangan basah.


Sesi membahan sementara menunggu BOB yang datang dari Kulim, Kedah.


Kami meneruskan perjalanan ke Empangan Sultan Mahmud. 4Km je lagi ...

Menunggu Organiser membuat pendaftaran.

Mendaftar nama peserta.

Bersedia naik Bot House. Terkejut melihat paras air yang cetek dari paras biasa. Dari maklumat orang tempatan keadaan ini biasa kerana untuk persediaan kedatangan monsun hujan di Pantai Timur pada setiap hujung tahun.

Zulhelmi menunjukkan mesin terbarunya model Ryobi NOVA. Satu trip, satu mesin baru .....

Perap siap siap untuk malam ...

yang ni pun perap jugak ... untuk malam ...

Kita minum dulu ....

Berboncang lokasi yang nk di terjah nanti ...

sebahagian senjata kami.

Sesi casting pun bermula pada petang kami tiba. Kami parking di Muara Sungai cacing.

3 Sambaran Anak toman mengena joran Aseri dan Ayim. Mereka beepesta toman yang main di sekitar bot mereka.

Nice shoot.

Gunung Bewah.

Sesi casting sebelah petang tamat. kami pulang semula ke bot house.

Spesis tilan yang mengejutkan kami pada malam pertama di sini.

Tibalah masa yang di tunggu tunggu. Acara BBQ ayam dan daging KAMBING!!

side menu.

Kambing bakar.

Pada hari kedua kami bercadang untuk treking di sungai terenggan. keadaan air yang sangat cetek menjadikan perjalanan kami jauh ke tempat yang sepatutnya dituju.
kami memulakan perjalanan se awal jam 8 pagi.

Sebahagian lagi ahli tiba sebelum memulakan perjalanan.

Memulakan perjalanan.

menyeberangi sungai.

Bila sampai ke lubuk seteleah hampi 1jam setengah kami berjalan perut pun terasa lapar. Ni lah guide kami masuk ke terenggan.

BoB yang kepenatan.

Meggi seperiuk di kongsi bersama.

Setelah seharian trekking kami pulang ke bot house hampir malam. Semuanya kepenatan dan kelaparan. Inilah menu makan malam kami.

Tom yam.

Sesi makan malam bersama.

Ikan sebarau ini mati dan timbul di permukaan bot berhampiran bot kami. Di percayai di sambar oleh toman gergasi. Sebarau ini dianggarkan sekitar 2KG. Bayangkanlah besar mana ikan yang memakannya!

Baung yang mendominasi malam kami di Bot House.

Ha' sebarau pengubat duka. Akhirnya saya berjaya juga mendaratkan sebarau pada hari terakhir.

lampam ... ikan yang Wajib di pancing di sini.

Sebarau yang diperolehi tekong.

Menu terakhir sebelum pulang : Baung masak tempoyak! Hurm lazat!

Best!

Loading barang kedalam kereta.

Kami menamatkan misi dengan jayanya. Semuanya berjalan lancar dan sempurna. Insya ALLAH bulan 5 tahun depan kita repeat lagi!

Terima Kasih semua yang menjayakan trip ini.

1 ulasan: