Selasa, 30 Mac 2010

TEMERLOH: “Kalau tidak tahu teknik memancing ikan besar, jangan sesekali hendak menjinakkan temelian atau temoleh gergasi Sungai Semantan. Jika tidak, anda boleh berputih mata,” kata Adnan Abu Bakar, penduduk Kampung Batu 1, Temerloh, yang ditemui selepas menewaskan seekor temelian seberat 52 kilogram, baru-baru ini.

Adnan berkata, temelian begitu sukar tindakannya terutama apabila tersangkut di mata kail. Pelbagai cara dilakukan dalam usaha melepaskan diri membuatkan kaki pancing separuh nyawa melayannya, lebih-lebih lagi jika berat ikan berkenaan melebihi 20 kilogram.

“Apabila kita mengetahui ikan besar sudah tersangkut di mata kail, biarkan ikan berkenaan meloloskan diri. Tetapi berwaspada dengan keadaan lubuk terutama reba kayu ataupun batu yang memungkinkan tali terputus. Apabila ia berhenti, segera mengkarau tali dan cuba menaikkannya ke separuh air, jika gagal jentik tali utama bagi memanipulasikan ikan berkenaan

“Melayan aksi ganas temelian umpama kita cuba memberhentikan sebuah enjin bot sedang memecut laju. Kalau kita menahannya tali utama 100 paun pun boleh putus atau mata kail boleh lurus, jadi bagi mengatasinya kita biarkan sehingga ikan keletihan, tetapi memakan masa.

“Selalunya pemancing tidak boleh bersabar dan ingin cepat menewaskan ikan gergasi berkenaan, akhirnya mereka berputih mata. Ada pemancing yang tidak mahu mendengar nasihat rugi besar apabila jorannya patah dan kekili rosak gara-gara penangan temelian,” katanya.
Ditanya akan umpan yang digunakan, Adnan memberitahu, hanya pelet dan cacing air paling mujarab untuk menewaskan spesies kedua paling popular di Temerloh selepas patin.

“Saya menggunakan pelet memandangkan temelian sering kelihatan memakan sisa makanan itu yang diberikan pengusaha ikan patin sangkar. Malah, ketika saya menewaskan temelian dua tahun lalu, umpan yang sama saya gunakan,” katanya.

Adnan berkata, sejak berita beliau menewaskan temelian gergasi 42 kilogram itu, tebing Sungai Semantan kini dikunjungi kaki pancing yang datang dari pelusuk tanah air. Malah, mereka mendakwa masih ada lima atau enam ekor spesies itu mendiami sungai berkenaan.

“Temelian sering menunjukkan diri di sebelah petang dan menghempas air pada sebelah malam. Ikan ini bergerak dalam satu kumpulan dan mendiami lubuk seperti kawah berhampiran batu di sungai berkenaan.

“Seingat saya, sudah tiga ekor temelian gergasi berjaya didaratkan pemancing. Namun, Sungai Semantan tetap dikunjungi orang terutama penggemar ikan air tawar,” katanya.

Mengenai ikan yang ditangkapnya, Adnan berkata, sebahagian daripadanya dijual kepada penduduk kampung dan kaki pancing manakala sebahagian lagi diagih-agihkan kepada rakan-rakan yang ingin merasai keenakan tangkapannya.


Jumaat, 26 Mac 2010

Dam Kuala Kubu Baru - Sungai Pertak

Salam pada semua sahabat selayanggroup. Mungkin sebahagian sahabat pernah menjejakkan kaki ke empangan tadahan air Negeri Selangor ini. Perjalanan ke Empangan ini mengambil masa lebih kurang 45minit hingga ke 1 jam dari selayang dengan jarak sejauh 60KM. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Sungai Pertak ini banyak didominasi ikan ikan seperti tengas,kelah,baung dan lain lain. Berikut adalah gambar gambar sekitar Sungai Pertak dan Empangan Kuala Kubu Baru.

Bila fiber ni nk turun lagi .... ?...





Sabtu, 13 Mac 2010

Paint Ball Game 13 March 2010

Salam buat semua ... atas jemputan dari sahabat salah seorang ahli selayanggroup kami telah mengadakan permainan paint ball bertempat di Taman Rimba komanwell Rawang .... seramai 8 orang pemain dalam sukan ini diperlukan ... seperti sukan memancing juga ianya mempunyai teknik teknik yang tersendiri bagi mencapai matlamatnya ... tetapi kelebihannya ketika kita bertarung dengan musuh itulah saat saat yang paling getir dan memerlukan semangat berpasukan dan iltizam yang kuat .... ikuti gambar gambar sekitar hari peperangan tersebut :

Vest yang digunakan terbahagi dua kumpulan. Kumpulan celoreng dan kumpulan hitam.

Senjata yang digunnakan model Tippman ....

En halim sedang memberi taklimat dan undang undang yang perlu dipatuhi ketika berperang.

sebahagian pemain sedang mendegar taklimat ....

Yusri telah siap dengan kelengkapan .....

Menuju ke medan pertempuran ......

Taklimat terakhir di lapang pertempuran ....

En Halim menunjukkan border kawasan 2 kumpulan yang berperang ....

Set pertama peperangan telah selesai dan telah dimenangi oleh kumpulan celoreng.

Senjata dalam keadaan "standby" .....

Pertempuran di set ke 2 .... permainan kalah mati .... all out .... pertempuran ini juga telah dimenangi kumpulan celoreng ....

Di hujung permainan seorang pemain telah cedera terseliuh kaki di medan pertempuran terakhir dan beberapa cedera terkena peluru. Lihat kesan lebam ditangan saya akibat peluru sesat ...

kesimpulanya :
Sukan ini memerlukan fitness yang tinggi dan taktik serta strategi yang tinggi bagi menewaskan musuh. Sukan ni amat bagus kepada sesiapa yang sukakan cabaran yang extreme.