Isnin, 28 Disember 2009

Antique Boat Engine

Dalam arena memancing, nadi pengerak utama pemancing sememangnya menjadi tunjang utama pengangkutan pemancing ke sesuatu lokasi. Kali ini saya membawakan anda mendalami sebuah outboard antik keluaran tahun 1950an. Jika dihitung enjin ini berumur lebih kurang setengah abad. Jika dilihat dari segi teknikal ianya tidak banyak berubah dengan model model terbaru keluar pelbagai syarikat marine. Bagi pengemar outboard atau pengemar barang antik memiliki outboard ini dirasakan sesuatu yang berbaloi kerana usia serta klasiknya dapat mengimbau kembali nadi pengerak diatas air suatu masa dahulu.

Outboard model seagull 04 buatan british ini dilihat menggunakan tangki pasang siap dibahagian atas untuk menyalurkan bahan bakar terus ke piston seterusnya menggerakkan kipas.
Outtboard ini hanya menggunakan satu sistem drive straight iaitu gear tanpa reverse. Untuk membuat kan sampan reverse handle outboard hendaklah dipusing 360darjah bagi membolehkan ianya menongkah arus.

Propeller yang mempunyai 2 bilah ini menyerupai kipas kapal terbang. Teknologi dahulu sedikit ketinggalan berbanding keluaran sekarang yg mempunyai 3 bilah kipas yg lebih bertenaga membelah air dan menggerakkan sampan.

Sabtu, 26 Disember 2009

Trip Sulung Sampan Fiber Baru Mercury 10, Yamaha 15, Yamaha 30.

Bagi menambah sistem pengangkutan kakipancing selayanggroup, 2 sampan fibre 12FT ditambah menjadikan 3 buah sampan. Sebuah 14Ft menggunakan enjin Yamaha 30HP, Sebuah menggunakan Yamaha 15HP dan Sebuah Lagi menggunakan Mercury 10HP. Setiap sampan dapat menampung 3 orang pemancing dalam satu masa. Sasaran utama pengeluaran fibre baru ini adalah untuk kaki casting Selayanggroup menerjah lubuk lubuk di Empangan yang berada di Lembah Kelang. Fibre yang baru sampai di usung dari atas Rumah Tok Wan. Berat Dianggarkan 40KG.

Dari kiri : Merah/putih - Mercury 10HP. Kuning/orange - Yamaha 15. Orange - Yamaha 30HP

Mercury- Pemilik Fadzil. Yamaha - Pemilik Mat

Bot sudah sedia beraksi.

Bot tekong yang mengalamai masalah ketika membuat pusingan U diawal pagi. Namun semuanya baik setelah di Keringkan.

Pengakalan Bot Lanchang.

Ahad, 20 Disember 2009

Reverse Twist Blood Knot

SIMPULAN ini sesuai untuk menyambung dua tali dan mampu memikul bebanyang berat serta tidak mudah terlucut.
1. Lilitkan dua jenis tali pancing yang berbeza.
2. Lilit sehingga empat lilitan dan kemudian buat lilitan yang samasecara menyongsang.
3. Ulang untuk membuat lilitan sehingga empat lilitan dan sulam dibahagian tengah.
4. Ulang lilitan yang sama.
5. Sulam ikatan di bahagian tengah dan tarik.
6. Tarik kedua-dua bahagian dari arah berlainan untuk memperkemaskanikatan.

Petua - Rezeki Pertama

ADA petua yang mengatakan - rezeki pertama yang didapati pada setiap kali aktiviti memancing sangat berkat terutama kepada kaki pancing sama ada di laut mahu pun di darat.Petua kali ini memfokuskan kepada pemancing di laut. Justeru, ingatlah apabila kita mendapat ikan pertama sebaik saja mulakan aktiviti memancing maka itu adalah rezeki dari Allah dan tidak harus dibuang semula ke laut jika ikan itu sangat kecil atau spesies ikan yang tidak berguna.Pendapat dan pandangan beberapa orang nelayan veteran yang ditemui mengakui bahawa rezeki pertama itu jika dibuang semula ke laut atau tasik mahu pun sungai ertinya kita tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah sedangkan kita mencari rezeki lumayan buat keluarga.

Pernah berlaku nelayan pulang dengan tangan kosong kerana dikatakan membuang ikan pertama yang tersangat kecil yang dinaikkan dan selepas itu beliau tidak dapat seekor ikan pun hingga pulang. “Bagaimanapun ini tidak harus diletakkan sepenuh kepercayaan, kerana rezeki datangnya dari Allah. Justeru, Allah yang menentukan sama ada kita bernasib baik atau sebaliknya selepas memperoleh tangkapan pertama itu. “Cuma logiknya rezeki yang diberi itu kita kena mensyukuri dan tidak membuangnya semula,” kata Tok Ayub seorang nelayan veteran dari Kesang Laut, Melaka.Pernah berlaku peristiwa begini kepada seorang pemancing laut di perairan Pulau Jarak yang mendakwa beliau tidak memperoleh seekor ikan pun sepanjang ekspedisi tiga hari dua malam kerana membuang anak ikan kerapu pada tangkapan pertama.Namun beliau tidak langsung mengaitkan bahawa perkara itu menyebabkan beliau tidak bernasib baik. Cuma ada kemungkinan hari itu bukan harinya.

Apa pun bagi Saya, rezeki yang datang dari Allah adalah pasti dan sebaliknya cuma terpanggil mengisi logik dan kebenaran yang nyata bahawa sebarang rezeki yang diberi Allah sama ada baik atau tidak kita kena menerimanya dengan ikhlas.Bagi Saya, langkah terbaik dan mensyukuri nikmat rezeki yang diberi Allah walau sekecil mana sekali pun kita kena menerima dengan ikhlas dan tidak membuangnya semula ke laut bagi pemancing yang memancing di laut malah adalah baik sebarang tangkapan pertama itu diambil sebagai rezeki berkat dari Allah.

sumber Berita Harian

Selasa, 8 Disember 2009

Jentera Terbaru selayanggroup - YAMAHA 30HP







Yamaha 30HP Outboard



Yamaha Outboard 30HP ini adalah nadi terbaru dari selayanggroup menggantikan enjin yamaha 15hp longshaft. Tidak dinafikan kekuatan yang dimiliki enjin ini mampu membelah air dengan mudah sama ada di laut ataupun disungai. Enjin ini akan dipadankan dengan fibre boat 14FT. Jika mengikut spesifikasi sebenar enjin ini tidak sesuai untuk fibre 14FT tetapi untuk menghasilkan pergerakan yang lebih cepat ke sesuatu lubuk itu mencapai tahap maksima ianya boleh di ubahsuai dengan menambah beban dibahagian hadapan bot agar bot boleh dipacu dengan mudah. Enjin ini akan diuji cuba oleh tekong asseri pada hujung minggu ini.




Pemilik Enjin : Asseri - Tekong








Ahad, 6 Disember 2009

Persediaan Sebelum Turun Memancing

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته / Salam Sejahtera

Kali ini saya ingin membincangkan serba sedikit persediaan ketika ingin pergi memancing. Kebiasaanya semangat berkobar kobar si pemancing untuk turun memancing membuatkan pemancing terlupa beberapa perkara yang perlu dititik beratkan. Tidak kira apa jua kategori pancingan setiap trip itu harus di susun dengan baik agar perkara perkara remeh tidak menganggu masa memancing. Sedikit perkara yang perlu dititik beratkan :

1)Lokasi
2)Masa
3)Ahli
5)Peralatan
6)Umpan
7)kos Lokasi.
Penentuan lokasi pemburuan sangat penting kerana dari situlah kita akan dapat menentukan spesis yang akan di buru. Sekiranya lokasi yang hendak dituju itu tidak pernah dikunjungi maka adalah lebih mengambil orang tempatan sebagai pemandu arah disesuatu lokasi pancingan tersebut. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang lebih rumit terjadi.

Masa.
Ini juga memainkann peranan penting ketika mengatur sesebuah trip. Masa cukup beharga apabila kita sedang mencari rezeki dengan cara ini apatahlagi ketika saat rezeki mencurah curah. Jika ianya melibatkan pasang surut air laut masa air pasang dan air surut harus direkodkan bagi memudahkan masa terbaik untuk memancing.

Ahli.
Setiap ahli yang ingin turut serta hendaklah memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan sesebuah trip. Sikap tolong menolong dan ringan tulang dalam menjayakan perjalanan memancing sangat di perlukan apatahlagi semua ahli tersebut akan berkongsi teknik, hasil dan pengalaman dan satu masa.

Peralatan :
Umpan
Makanan/minuman
Rell/rod/outboard
kelengkapan aksesori memancing.




Umpan
Umpama pistol tanpa peluru itulah ibarat anda memancing jika tiada berumpan. Ianya menjadi penentu utama kejayaan hasilnya.

Makanan
Bagi mengelakkan masa memancing anda terganggu adalah lebih baik membuat persiapan dari segi makanan dan minuman. Ini sangat penting bagi mengekalkan tenaga anda ketika memancing.
Jentera.
Setiap jentera nadi penggerak untuk memancing haruslah diselenggarakan dengan baik bagi menggelakkan sebarang musibah terjadi ketika saat saat yang tidak di duga.

Bantuan.
Sekiranya sesuatu perkara terjadi diluar dugaan adalah lebih baik meminta bantuan dari rakan ataupun orang tempatan dimana kita memancing.


Selesai.
Apabila selesai masa memancing peralatan haruslah dikemaskan sebaiknya. Double chek peralatan adalah jalan terbaik bagi mengatasi barang2 yang dibawa hilang atau tertinggal.

Hasilnya.
Dah tentu kita mengharapkan hasil yang terbaik. Tetapi kadang kadang hasil yang kurang memberangsangkan melunturkan sedikit semangat kita untuk mengunjungi sesebuah lubuk itu. Tapi walau apa pun rezeki itu datang dari ALLAH S.W.T..
-GAMBAR SEKADAR HIASAN.