Ahad, 31 Mei 2009

Trip memancing di lanchang 30 dan 31 Mei 2009 (Rumah Misteri)

Semasa trip memancing di lanchang kami sempat singgah ke rumah lama peninggalan arwah datuk nenek saudara Asseri di kampung Lanchang pahang. Peninggalan rumah ini hampir mencecah 100 tahun lamanya. kebanyakan stuktur asal semakin mereput kerana di makan anai anai. Negeri pahang memang terkenal dengan pahlawan pahlawan melayu seperti Datuk Bahaman dan lain lain. Dan disinilah bermulanya zaman dahulu kala.

Rangka asalnya masih kukuh kerana dibuat dengan kayu cengal zaman dulu. Ada perkara misteri di kawasan ini yang masih dirahsiakan anak cucunya.




Lihatlah engsel pintu yang dipahat tanpa digunakan walau sebatang paku sekalipun. Seninya sememangnya sukar kita temui pada zaman sekarang.













Stuktur rumah bahagian tepi. nampak sahaja dah rosak tetapi masih kukuh.






















Lihat bahagian pintu dan papan dinding hanya menggunakan selak antara kayu. Pembuatan rumah ini tidak menggunakan paku.


Pandangan hadapan rumah peninggalan arwah datuk nenek Asseri.







inilah hasil dari perjalanan jauh bukan semata mata untuk memancing tapi diselitkan dengan unsur pengertian perjuangan dan sejarah orang dahulu. Penat lelah membina kediaman untuk keselesaan para keluarga.
Saksikan video dibawah yang sempat dirakamkan untuk tontonan anda.....PERHATIKAN betul betul....anda sedang di perhatikan...Click play button..and wait....

Trip memancing di Lanchang pada 30 dan 31 Mei 2009

ikan lais..

dapat la ikan lais....



my shimano RE 2500




Mr jack...hulubalang kebun....



Pondok Usang Keliwon...


pelantar di pondok khas untuk memancing....kalau dapar ikan besar kena turun jugak..


semut hutan...kalau gigit orang bengkak ni....


lampu kadbad.....penyelamat keadaan..



pokok tumbang yang menghalang laluan utama ke pondok asseri.

Ayim sedang mengalihkan pokok yang tumbang...jaga2..ada mambang yang menjaganya.



Saksikan Tekong memberi makan "mambangnya"......



Pesanan : Jangan tiru aksi ini.

Khamis, 28 Mei 2009

Gambar gambar Kejayaan kakipancing Selayang Group







sedikit gambar untuk kenangan ahli ahli kakipancing...semoga selepas ini hobi memancing ini akan lebih mengeratkan silaturahim antara ahli ahli kakipancing disamping dapat bertukar tukar pendapat dan berkongsi maklumat tentang dunia pancingan..selamat maju jaya..






di sungai semantan. udang yang berjaya ditawan








Persiapan sebelum turun ke sungai.

gegahak yang cukup besar....fuh penat layan..





gambar kenangan semasa berada dalam bot house ditasik kenyir..bot TKP140...semuanya .
kepenatan





Edi dengan tangkapan Toman dan sebarau Tasik Kenyir.







Stesen janakusa Sultan mahmud Empangan Kenyir.
































Selasa, 26 Mei 2009

Kakipancing Selayang Group (SeGA) Selayang Group Anglers


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelawat blog......

kakipancing selayang group yang telah lama wujud (tarikh kewujudan tidak dapat dipastikan) telah banyak menempa nama dalam arena pancingan dinegara ini. Antara yang pernah di tawan adalah Tasik kenyir, Sungai semantan, Sungai Rasa, Pelabuhan Klang, Bukit Beruntung dan banyak lagi. Keahlian seramai lebih kurang 20 orang, Kakipancing selayang Group selalu melakukan perjumpaan di kedai salah seorang kakipancing yang terkenal iaitu En Dzulkiflee (char ketiaw corner) atau lebih dikenali sebagai Sonex. Perjumpaan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat pancingan atau trip yang hendak di adakan. Sebarang pertanyaan mengenai kakipancing selayang group ini bolehlah menghubungi melalui email selayanggroup@gmail.com